Monday, 10 October 2016

UNTUNG PEMANDU PELANCONG


CERITA ini berlaku pada tahun lepas ketika aku dan isteriku melancong ke Sabah. Oleh kerana aku ada urusan niaga di Kota Kinabalu selama tiga hari, maka aku bawa isteriku, Zakiah sekali. Kesian aku nak tinggalkannya di Kuala Lumpur sendirian memandangkan anak-anakku semua sudah berumahtangga. Hanya aku dan isteri yang ada di rumah. Ini menyebabkan aku mempelawanya ikutku ke Sabah. dia terkejut kerana selama ini bila aku outstation aku jarang membawanya bersama. Inilah kali pertama Zakiah menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu. Aku disambut rakanku, Ghani yang menjadi pemandu pelancong kami. kami sewa kereta Wira dan Ghanilah yang menjadi pemandu kereta sewa kami.